Search This Blog

Sunday, January 18, 2015

Pelajar miskin di AS bertambah


Washington: umlah pelajar yang layak mendapat makanan percuma atau murah di sekolah meningkat kepada 51 peratus, lapor Yayasan Pendidikan Selatan, semalam, sekali gus membayangkan tahap kemiskinan di Amerika Syarikat (AS) kian bertambah.

Menurut agensi itu, masalah paling teruk dikesan di Mississippi apabila 71 peratus pelajar berada dalam kategori berkenaan.

Kata yayasan berkenaan, data itu diperoleh melalui analisis keluarga berpendapatan rendah yang dikumpulkan kerajaan pada 2013.

Makanan percuma atau potongan harga ditawarkan kepada pelajar yang datang daripada keluarga memperoleh pendapatan 185 peratus di bawah paras kemiskinan persekutuan.

Untuk keluarga yang dianggotai empat orang, paras kemiskinan ialah kurang daripada AS$24,000 dan 185 peratus adalah kira-kira AS$44,000.

Menurut yayasan itu, kadar pelajar miskin di AS terus bertambah sejak beberapa dekad lalu.

“Justeru, pelajar miskin wajar menerima lebih banyak bantuan daripada apa yang ada kini,” katanya.

Laporan tahun lalu yang menganalisis data pada 2012 dan 2011 mendapati, jumlah pelajar miskin ialah 48 peratus.

Pada 2000, jumlah pelajar dalam kategori itu ialah 40 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24486#sthash.I0gWnsmj.dpuf

No comments:

Post a Comment