Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Pejabat akhbar Jerman siar satira Charlie Hebdo diserang

Berlin: Sebuah akhbar di bandar Hamburg yang menyiarkan semula kartun diambil dari majalah satira Charlie Hebdo, dilempar dengan batu dan objek terbakar, semalam.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Jurucakap polis berkata, tingkap pejabat akhbar Hamburger Morgenpost rosak akibat dilempar dengan batu dan objek berkenaan.
“Dua bilik di tingkat bawah rosak tetapi api segera dipadamkan,” katanya.
Akhbar untuk edaran peringkat wilayah itu beberapa hari lalu menyiarkan gambar menghina Nabi Muhammad (SAW) di muka depannya sebagai reaksi kepada serangan maut di Paris.
Siaran itu diiringi tajuk: “Kebebasan sebanyak ini dimestikan!”
Jurucakap polis berkata, serangan berlaku kira-kira jam 9.20 pagi (waktu Malaysia).
“Dua suspek ditahan dan siasatan sudah dimulakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap itu, polis berpendapat kartun Charlie Hebdo itu adalah faktor utama yang disiasat tetapi “masih terlalu awal” untuk membuat kepastian. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:13 AM


ANGGOTA bomba di ibu pejabat akhbar Hamburger Morgenpost, di Hamburg selepas kejadian semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23206#sthash.5U7blz7S.dpuf

No comments:

Post a Comment