Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Padi tak laku di Perlis



Petani di Perlis khuatir ekoran Bernas dan kilang-kilang swasta didakwa mempunyai lambakan padi yang dituai pada tahun ini. – Gambar hiasan.


KANGAR – Kira-kira 16,000 petani di Perlis dikhuatiri bakal mengalami kerugian ekoran berlaku lambakan padi di kilang-kilang memproses milik Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) dan kilang-kilang swasta di negeri ini sejak 22 Januari lalu.
Lebih membimbangkan, lebih 60 peratus padi di negeri ini hanya menunggu masa untuk dituai dan kebimbangan petani-petani itu ialah di mana hasil tuaian mereka harus dijual.
Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail (gambar kecil) mendakwa, sebanyak enam kilang pembelian padi milik swasta manakala tiga lagi milik Bernas di Perlis kini didakwa mempunyai lebihan padi yang banyak.
“Kapasiti kesemua kilang memproses padi di Perlis hanya mampu menampung pembelian 2,500 tan metrik padi dalam sehari namun apa yang berlaku kini kilang-kilang itu mendakwa, menyimpan padi mencecah sehingga 3,500 tan metrik,” kata beliau pada sidang akhbar di Pejabat Parlimen Kangar di sini semalam.
Menurut beliau, pihaknya meminta kerajaan dan pihak agensi terlibat segera menangani masalah penjualan padi bagi menjaga kebajikan pesawah negeri ini yang dianggarkan berjumlah 16,000 orang.
“Salah satu cadangan adalah dengan membenarkan lebihan padi di negeri ini dijual ke kilang-kilang memproses padi di Perak dan Selangor.
“Kita terpaksa menjual padi ke negeri-negeri lain kerana kilang-kilang di Kedah tidak mahu menerima padi lagi,” kata beliau.
Shaharuddin berpendapat, isu lambakan padi pada masa ini berlaku selepas kerajaan membuat penyeragaman jualan padi kepada RM1,200 setiap tan di Semenanjung bermula Januari pada tahun lalu.
Sebelum itu, harga jualan padi di Semenanjung ialah RM1,100 hingga RM1,500 setiap tan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3Q9z5dJTq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment