Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Padah cinta terlarang


Punjab: Sepasang suami isteri muda dari kasta rendah ditikam hingga mati oleh anggota keluarga wanita itu walaupun polis diarah melindungi mereka.
Sandeep Rani, 24, dan isteri Khushboo, 22, menyedari mereka dalam bahaya selepas berkahwin tanpa kebenaran.
Mereka memohon perlindungan polis, tetapi ditolak.
Keluarga Rani kemudian merayu di Mahkamah Tinggi Punjab dan Haryana.
Seorang hakim kemudian mengarah polis melindungi pasangan itu.
Tetapi ibu Rani, Udham Kaur berkata, apabila pasangan itu pergi semula ke balai polis untuk mendapatkan perlindungan, mereka enggan melayani arahan mahkamah.
Apabila pulang ke kampung mereka di Mugowal, 123 kilometer dari Chandigarh, ibu negeri Punjab, pasangan itu diserang dan dibunuh dengan pedang dan pisau oleh lima lelaki bertopeng. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22022#sthash.LxBaFc4h.dpuf

No comments:

Post a Comment