Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Operasi Bersatu Khas cekup 240 PATI

Oleh Ardyhansah Amat
Lahad Datu: Seramai 240 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersatu Khas di sekitar bandar, di sini, sebentar tadi.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, semua PATI itu ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri ketika pihaknya melakukan pemeriksaan.
"Pemeriksaan kali bertumpu di sekitar bandar yang menjadi tumpuan kehadiran ramai warga asing seperti pasar ikan, Jalan Teratai dan Bandar Wilayah.
"Operasi bermula seawal 5.30 pagi tadi dan berakhir lima jam kemudian.
"Semua PATI yang sebahagian besar warga Filipina itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.
Semalam, seramai 58 PATI ditahan dalam Operasi yang sama di perkampungan setinggan Lobang Biawak terletak di pinggir bandar Lahad Datu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 4:13 PM


ANTARA PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di sekitar bandar Lahad Datu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22734#sthash.4zKNR8G2.dpuf

No comments:

Post a Comment