New York: Sekumpulan murid berusia sembilan tahun didakwa merancang membunuh guru mereka dengan sabun pembersih tangan dalam bilik darjah mereka selepas mereka dimarahi guru berkenaan. Murid itu percaya guru terbabit alah kepada sabun berkenaan. Polis tempatan menyiasat kes itu dengan bantuan pihak berkuasa di Sekolah Rendah Elba. Bagaimanapun mereka menutup kes itu selepas mendapati jenayah itu dirancang, tetapi tidak dilaksanakan. Menurut laporan, sekolah itu diberi pilihan untuk merujuk kes terbabit ke mahkamah remaja. Bagaimanapun pihak sekolah memutuskan untuk menyelesaikannya sendiri. Mengulas mengenai kejadian itu, Syerif Genesee County Jerome E Brewster berkata: “Murid itu mengetahui guru mereka alah kepada sabun pencuci tangan antibakteria dan mereka mula bercakap mengenainya kerana tidak sukakan guru berkenaan.” - Agensi Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:27 AM - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23215#sthash.KOCiW1u7.dpuf
Monday, January 12, 2015
Murid 9 tahun rancang bunuh guru

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment