Search This Blog

Sunday, January 18, 2015

Menanti detik senapang meletus


Jakarta: Pihak berkuasa semalam berkata, enam pesalah dadah yang dihukum mati oleh mahkamah akan mengakhiri hidup mereka di depan skuad penembak tepat.
Ketua Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Tony Spontana berkata, ada dua tempat berasingan ditetapkan untuk pelaksanaan hukuman itu.
Katanya, ia bergantung kepada lokasi pesalah terbabit dijatuhi hukuman mati.
“Tempat itu ialah Boyolali, Jawa Tengah dan Nusa Kambangan,” katanya.
Tony berkata, daripada enam pesalah, hanya seorang saja ditembak di Boyolali, iaitu seorang wanita Vietnam, manakala selebihnya di Tangerang, Nusa Kambangan.
Berikut ialah beberapa butiran mengenai pelaksanaan hukuman mati itu:
* Penembak terdiri daripada 12 anggota polis untuk setiap pesalah
* Tidak semua senapang berisi peluru hidup, sebaliknya sembilan berisi peluru kapur. Ia untuk menjaga psikologi anggota terbabit daripada rasa bersalah
* Pesalah dipakaikan seragam putih dengan tanda sasaran di bahagian dada
* Pesalah mesti dipastikan mati pada tembakan pertama
* Jarak antara pesalah dan penembak antara lima hingga 10 meter bagi mengelak mayat rosak
* Selepas ditembak, pesalah diperiksa bagi memastikan dia benar-benar mati. Andainya belum, seorang pegawai akan menembak sekali lagi di bahagian atas telinga menggunakan pistol
* Pegawai perubatan mengeluarkan semua serpihan peluru dari badan tertuduh sebelum ia dijahit dan diserahkan kepada waris
* Waktu pelaksanaan hukuman mati dirahsiakan.
Enam pesalah itu ialah Tommy Wijaya, Rani Andriani, Namaona Denis, Marco Archer, Daniel Enemuo dan Tran Thi Bich Hanh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24488#sthash.JZ86gwXh.dpuf

No comments:

Post a Comment