Search This Blog

Sunday, January 18, 2015

Mayat nelayan ditemui terdampar


17 Januari 2015


BACHOK - Mayat seorang nelayan yang lengkap berpakaian ditemui terdampar di pantai Kampung Telong di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Che Ismail Kasim, 47, dipercayai lemas ketika bot yang dinaikinya terbalik dipukul ombak dalam kejadian pukul 6.30 pagi.

"Mangsa dipercayai ke laut untuk menangkap ikan dan tidak pandai berenang," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Hamid berkata kejadian itu disedari oleh rakan mangsa Mohd Asri Harun, 55, apabila melihat sebuah tong minyak bot mangsa di kawasan pantai berkenaan lalu membuat pemeriksaan di kawasan sekitar dan menjumpai mayat mangsa.
 
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk bedah siasat. - Bernama

No comments:

Post a Comment