Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

Mangsa rogol di India saman syarikat teksi Uber AS


NEW DELHI – Seorang wanita yang mendakwa diperkosa oleh pemandu teksi Uber di sini bertindak menyaman syarikat teksi dalam talian berkenaan di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) kerana gagal menjamin keselamatan penumpang.
Dalam samannya, wanita India itu menuduh Uber mementingkan keuntungan berbanding keselamatan.
Dalam satu e-mel kepada agensi berita AFP kelmarin, peguam kepada wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, anak guamnya menuntut sejumlah ganti rugi kerana kecederaan fizikal dan emosi yang dialaminya.
Identiti mangsa tidak dapat didedahkan kerana faktor undang-undang.
“Di sebalik dakwaan Uber bahawa pihaknya komited kepada keselamatan, menggunakan aplikasi Uber ibarat menumpang orang tidak dikenali,” menurut saman berkenaan yang mendakwa Uber sebagai cuai.
Peguam wanita berkenaan, Douglas H. Wigdor sebelum ini mewakili seorang pengemas bilik hotel yang mendakwa dirinya mangsa serangan seksual bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa, Dominique Strauss-Kahn pada 2012.
Dalam perkembangan berkaitan, Uber yang berpangkalan di bandar raya San Francisco enggan mengulas berhubung saman tersebut tetapi melahirkan rasa simpati terhadap mangsa.
Seorang jurucakap syarikat berkenaan memberitahu, Uber akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk memastikan individu yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Mangsa dirogol oleh pemandu Uber di dalam teksi berkenaan pada 5 Disember lalu.
Pemandu tersebut yang kini dibicarakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menculik dan merogol mangsa.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3QLrZEztZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment