Mayat itu ditemui di Laut Jawa berdekatan kepulaun Borneo oleh pasukan tentera laut Indonesia yang menaiki kapal Bung Tomo, selepas lima hari pesawat Airbus 320-200 itu terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura.
Komander kapal Bung Tomo, Yayan Sofiyan memberitahu MetroTV bahawa anak kapalnya berjaya menarik keluar tujuh mayat dari laut yang berombak pada Jumaat dengan lima daripadanya masih terikat dikerusi mereka.
Pesawat itu membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal namun setakat ini hanya 30 mayat yang baru ditemui, termasuk seorang kakitangan penerbangan AirAsia QZ8501 dengan pakaian seragam berwarna merahnya. - Agensi