Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

Lima lelaki ke tali gantung



ANGGOTA polis mengiringi lima lelaki termasuk dua warga China yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Melaka, Ayer Keroh semalam.


MELAKA – Lima lelaki termasuk dua warga China dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati mereka bersalah mengedar dadah jenis ketamin dan methamphetamin lima tahun lalu.
Hukuman ke atas Goh Eng Tee, 40; Sow Teik Lee, 40 dan Emery Shazmal Abd. Malek, 39, serta dua warga China, Lin Xiren, 32, dan Ye Yufeng, 31, diputuskan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas kesemua tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama dua lagi tertuduh iaitu Teo Bee Keng, 43, dan Tursini Turida, 25, mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 226.37 gram di sebuah rumah di Jalan SP 1, Taman Semabok Permai di sini pada pukul 1.30 pagi, 4 Jun 2010.
Selain itu, mereka turut didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis ketamin seberat 2,575.34 gram di lokasi pada masa dan tarikh yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bersama Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3QLsgvHX9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment