Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh lebih 150 anggota penyelamat.
Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh lebih 150 anggota penyelamat.
MEXICO CITY - MEXICO. Sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala lebih 60 cedera dalam kejadian letupan kuat di sebuah hospital kanak-kanak di daerah Cuajimalpa, menurut datuk bandar, kelmarin.

Miguel Angel Mancera memberitahu angka tersebut dijangka meningkat kerana usaha mencari dan menyelamat disertai lebih 150 anggota penyelamat sedang giat dilakukan di bawah runtuhan bangunan terbabit.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa memaklumkan letupan berpunca daripada trak tangki gas itu berlaku pada jam 7.15 pagi (waktu tempatan) selepas pekerja terbabit gagal mengatasi masalah kebocoran pada saluran paip terbabit.

"Letupan itu turut menyebabkan 75 peratus daripada struktur bangunan hospital tersebut musnah," katanya.

Susulan daripada kejadian itu, pengendali trak milik Gas Expres Nieto tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan. - Xinhua