Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Lelaki tanggal seluar bikin kecoh kedai kasut

Melaka: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman menimbulkan kekecohan apabila menanggalkan seluar serta memecahkan pintu kaca kedai kasut di Jalan Kee Ann, Bunga Raya, di sini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu hanya berseluar pendek dan memakai cermin mata hitam, membakar sepasang kasut di sebuah kedai kasut berdekatan, tetapi berjaya dihalang pekerja kedai sebelum dia cuba mengangkat kerusi dalam kedai itu.
Pekerja kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Lim berkata, selepas setiap tindakan lelaki itu dihalang, dia melarikan diri ke sebuah kedai bunga di sebelah dan mengambil sejambak bunga sebelum terjatuh ke dalam longkang dipenuhi air ketika cuba melarikan diri.
“Saya dan seorang pekerja kedai bunga itu cuba mengambil kembali sejambak bunga yang dipegang lelaki itu.
“Selepas bunga dirampas, lelaki berkenaan yang basah, menanggalkan seluar sambil mencapai sebatang kayu dan menghayunkannya ke arah orang ramai.
“Orang ramai cuba menenangkannya, namun dia terus menimbulkan kekecohan apabila keluar dari longkang dan mencapai batu lalu melontarkannya ke arah pintu kaca kedai kasut sebelum melarikan diri dalam keadaan bogel dan menjadi lebih agresif dengan mencapai dan menghayunkan gunting yang diperolehnya di gerai menjual minuman berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penghuni dan Peniaga Bunga Raya Leong Zhen Huat berkata, lapan anggota keselamatan dari Pasukan Rondaan Bunga Raya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan, tetapi gagal menahan lelaki terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini lelaki yang sama pernah muncul namun tidak menimbulkan masalah selain membebel dan bercakap seorang diri.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:29 AM


RAKAMAN kamera litar tertutup kedai kasut menunjukkan lelaki kurang siuman berkenaan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23269#sthash.D0BKx4mR.dpuf

No comments:

Post a Comment