Api marak secara tiba-tiba menyebabkan motosikal mangsa rentung dalam kejadian di Jalan Bandar Baharu, semalam.
Api marak secara tiba-tiba menyebabkan motosikal mangsa rentung dalam kejadian di Jalan Bandar Baharu, semalam.
BANDAR BAHARU - Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri apabila motosikal ditungganginya terbakar berhampiran Bulatan Bandar Baharu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bandar Baru, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, mangsa berusia 48 itu dalam perjalanan ke pusat bandar Parit Buntar.

Menurutnya, motosikal jenis Yamaha Nouvo itu mati secara tiba-tiba sebelum mangsa menghentikan motosikalnya di tepi jalan.

“Mangsa yang panik, menjauhkan diri sebelum terkejut melihat motosikalnya mula terbakar beberapa minit kemudian," katanya.