Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Lelaki palsu pas kerja dicekup

Oleh Isma Ismail
Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan Jabatan Imigresen selepas dipercayai mencetak pas lawatan kerja sementara palsu dalam serbuan di kedai gambar di Kampung Melayu Pandan di sini, petang tadi.
Lelaki itu ditahan dalam serbuan pada 2.30 petang, oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan dan Unit Anti Penyeludupan Manusia dan Migran (ATIPSOM) Jabatan Imigresen Johor.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor, Mohd Jasmi Mohd Juwahir berkata, lelaki tempatan itu dipercayai mencetak menggunakan teknik pertindihan pas kerja terbabit.
Menurutnya, kegiatannya itu dipercayai aktif sejak empat bulan lalu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 11:22 PM


PAS lawatan kerja sementara yang dipercayai dicetak suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26946#sthash.8V2Gaun2.dpuf

No comments:

Post a Comment