Sebuah pesawat persendirian yang membawa orang kanan Presiuden Filipina, tergelincir ketika mahu berlepas di Lapangan Terbang Tacloban, semalam. - AFP
Sebuah pesawat yang dinaiki Setiausaha Eksekutif Filipina, Paquito Ochoa dan Setiausaha Komunikasi Presiden, Herminio Coloma Jr. tergelincir sebelum berlepas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Tacloban, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Saluran penyiar dzBB memetik Timbalan Pengarah Lembaga Penerbangan Awam, Rodante Joya, sebagai berkata, pesawat peribadi milik Global Express itu tergelincir dipercayai kerana faktor angin kencang dibawa Ribut Amang.
Gambar dikeluarkan agensi-agensi berita memaparkan, pegawai itu terbabas ke bahagian berumput di tepi landasan.
Kesemua 15 penumpang pesawat itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
No comments:
Post a Comment