Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

Lagi budak maut jatuh apartmen



GAMBAR kenangan Muhammad Hadif yang dipangku bapanya, Mohd. Nizam Moin.


AMPANG – Bagaikan bermusim, belum sampai tiga hari kejadian budak maut terjatuh apartmen di Kota Damansara, Selangor, semalam seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menemui ajal setelah terjatuh dari kondominium Ketapang Villa di Taman Nirwana, Ampang di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Muhammad Hadif Hadfi Mohd. Nazim, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pecah kepala, malah otaknya bertaburan akibat terjatuh dari tingkat lapan kondominium itu.
Menurut ibu saudara kanak-kanak malang tersebut yang dikenali sebagai Liza, sebelum kejadian anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu baru sahaja terjaga daripada tidur sebelum terus mencari pembantu rumah yang dipanggil ‘bibik’.

ANAK panah menunjukkan lokasi kejadian Mohd. Hadif yang maut terjatuh dari tingkat lapan di Ketapang Villa, Ampang semalam.


“Kebiasaannya Hadif akan bangun lebih kurang antara pukul 10.30 ke 11 pagi kerana masih belum bersekolah dan sudah menjadi rutin harian bibik akan ke kedai berhampiran bagi membeli bahan dapur untuk memasak.
“Selepas terjaga daripada tidur dan mungkin terkejut dia ditinggalkan keseorangan, Hadif mencari bibik di seluruh ruangan rumah, sebelum meluru terus ke balkoni ruang tamu yang tidak berkunci dan terdapat kerusi serta basikalnya.
“Dia yang berperwatakan lincah dan aktif mungkin memanjat basikal tersebut sebelum ditemui terjatuh oleh jiran-jiran kawasan perumahan,” katanya sebak ketika ditemui Kosmo! di rumah mangsa di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3QLrvh3DI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment