Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Keluarga lepas pembunuh anak


Doha: Keluarga guru sekolah dari Amerika Syarikat yang menjadi mangsa pembunuhan di Qatar memilih untuk melepaskan pembunuhnya dari hukuman pancung, lapor media semalam.
Alasan diberikan keluarga mangsa - mereka enggan menjadi manusia kejam.
Seorang anggota keluarga Jennifer Brown berkata, dari segi moral, mereka tidak tergamak memilih hukuman mati dijalankan terhadap seorang pengawal keselamatan yang menjadi suspek dalam kes berkenaan.
Tricia Sinisky berkata, tindakan suspek memang kejam, namun membunuhnya tidak mampu menghidupkan semula Jennifer.
“Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Ahad lalu seorang hakim menyerahkan kepada keluarga Jennifer untuk menentukan nasib seorang pengawal keselamatan warga Kenya yang disabitkan kesalahan membunuh guru terbabit.
Selain dihukum mati, waris mangsa boleh menuntut wang pampasan atau memaafkan pesalah.
Tricia berkata, mereka tidak mahu ada darah orang lain mengalir disebabkan Jennifer.
“Kami tidak kejam,” katanya.
Jennifer, 40, baru saja dua bulan tiba di Doha untuk mengajar bahasa Inggeris sebelum ditemui mati di rumah yang disediakan majikannya pada November 2012.
Pengawal keselamatan terbabit dilaporkan mengaku salah, namun kes itu tergendala beberapa kali tanpa sebab yang jelas.
Perbicaraan seterusnya dijadual berlangsung 8 Mac ini. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27007#sthash.lbfP6hUq.dpuf

No comments:

Post a Comment