Seorang kanak-kanak perempuan dicabul ketika melawat bapanya di Penjara Bilibid, Manila, pada 1 Januari lalu. – AGENSI
MANILA 3 Jan. – Seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun dicabul di dalam sebuah tandas di Penjara Bilibid, di sini ketika melawat bapanya yang juga seorang banduan pada hari pertama Tahun Baharu 2015.
Menurut pegawai, mangsa dijumpai terbaring di dalam tandas berkenaan dalam keadaan seluarnya terlondeh serta leher diikat.
Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan mendapati dia tidak dirogol.
Jurucakap Presiden, Abigail Valte berkata, insiden itu amat dikesali, sementara Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, seorang banduan mengaku menyerang budak tersebut dan bakal berdepan dakwaan jenayah.
“Suspek menyerang mangsa sehingga tidak sedarkan diri dengan niat merogol mangsa,” kata de Lima kepada saluran penyiar ABS-CBN.
Kejadian itu berlaku tiga minggu selepas polis menyerbu penjara berkenaan dan menjumpai dadah, wang tunai serta senjata api selain sebuah bar dan jazuki di dalam penjara.
Penjara itu disifatkan sebagai pusat tahanan eksklusif kerana dilengkapi penghawa dingin yang dibina khas untuk penjenayah berpengaruh.
Seorang ketua sindiket rompakan bank, Herbert Colanggo, dilapor mempunyai studio rakaman di dalam sel tahanannya dan dia turut merakam satu album penuh lagu balada.
Beberapa video dimuatnaik di YouTube turut memaparkan Colanggo bersenam di dalam gimnasium penjara sambil sekumpulan penonton bersorak dengan pom-pom. – AFP
No comments:
Post a Comment