Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

‘Kami berasa tidak selamat’

Texas: Sekumpulan penganut Islam yang berarak menuntut toleransi beragama di Texas Capitol semalam diganggu sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang mendakwa Amerika Syarikat sebenarnya milik Kristian dan Muslim harus kembali ke Timur Tengah.

Seorang aktivis Kristian dari Michigan bertindak merampas mikrofon dan berkata: “Saya mengisytiharkan dengan nama tuhan, saya berdiri menentang Islam.”
Kumpulan yang menyifatkan diri mereka sebagai aktivis Kristian jelas mengganggu 600 orang yang hadir ke perhimpunan berkenaan.
Mereka turut menjerit ketika umat Islam menyanyikan lagu kebangsaan, selain cuba mengganggu penceramah.
Ada yang menjerit: “Pulang ke rumah. Kamu tidak akan tenang di sini.”
Jurucakap Majlis Perhubungan Amerika - Islam cawangan Houston, Ruth Nasrullah berkata, sebaik saja dia naik ke podium, seorang wanita tiba-tiba datang merampas mikrofon.
“Ia membuatkan kami berasa tidak selamat,” katanya.
Dianggarkan ada setengah juta penganut Islam di Texas dan sebahagian daripadanya menetap di situ sejak beberapa generasi.
Jabatan Keselamatan Awam Texas pula berkata, tiada tangkapan dibuat ketika majlis berlangsung.
Beberapa kumpulan Islam di Amerika Syarikat dilaporkan kerap membuat gangguan sejak insiden serangan maut lelaki bersenjata di pejabat Charlie Hebdo, Perancis dan sebuah pasar raya di Paris.- Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27486#sthash.QHUAig9t.dpuf

No comments:

Post a Comment