Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

Kalau belum ajal


Agensi
Mexico City: Penyelamat menemui beberapa bayi yang terselamat di bawah runtuhan bangunan sebuah hospital yang runtuh akibat letupan dari sebuah lori membawa gas, semalam.
Kejadian berlaku di pinggir barat Mexico City itu menyebabkan seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh, manakala puluhan yang lain cedera.
Kira-kira 100 orang berada di hospital ketika kejadian.
Datuk Bandar Mexico City, Miguel Angel Mancera berkata, letupan itu memusnahkan 70 peratus daripada bangunan hospital berkenaan.
Katanya, penyelamat terpaksa menggali lubang melalui konkrit dan halangan batang besi untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup.
Jururawat Monserrat Garduno, 32, berkata dia sangat bimbang mengenai nasib kakaknya.
“Kami membawa dia ke sini untuk bersalin, tetapi saya tak pasti bagaimana nasibnya kini,” katanya.
Jurucakap bomba berkata, letupan itu mungkin berpunca daripada kebocoran hos dari lori yang mengisi gas ke tangki hospital.
Kebanyakan kawasan di Mexico City tidak mempunyai bekalan gas utama dan bergantung kepada penghantaran menggunakan lori sejak 2007.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27487#sthash.6SKmN4uu.dpuf

No comments:

Post a Comment