Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Isteri dicurah nasi sedang ditanak



MANGSA (tengah) menerima rawatan pasukan paramedik selepas dibelasah, dicurah nasi sedang ditanak dan disimbah cat rumah oleh suaminya di Pujut Adong, Miri kelmarin.


MIRI – Seorang lelaki bagaikan dirasuk syaitan apabila tergamak mem­belasah isterinya sehingga mengakibatkan mangsa cedera pada badan dan tangan di kediaman mereka di Pujut Adong di sini kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, lelaki terbabit turut mencurah nasi yang sedang ditanak ke arah badan mangsa.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40-an itu sedang menyediakan hidangan makan malam di bahagian dapur rumah.
Bagaimanapun, dia tiba-tiba didatangi suaminya yang berusia 50-an dalam keadaan marah dan terus memukul dan menarik rambut mangsa beberapa kali.
“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya kemudian bertindak menghalang dan me­rayu supaya dilepaskan, namun tidak diendahkan oleh lelaki terbabit.
“Tanpa belas kasihan, lelaki itu turut mengambil cat di luar rumah mereka dan melemparnya ke arah mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3Q9zKKJgf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment