Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Hilang lepas pergi kedai makan



MOHD. IMAN dan adiknya, Nur Alysyah yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli minuman di sebuah kedai makan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru kelmarin.


JOHOR BAHRU – Seorang ibu kini hidup dengan diselubungi kebimbangan apabila dua anaknya hilang selepas keluar membeli minuman di sebuah kedai makan berhampiran premis perniagaan ibunya di Jalan Pinang 52, Taman Daya di sini kelmarin.
Menurut ibu kanak-kanak tersebut, Azriana Ahmad, dua anaknya iaitu Mohd. Iman Zafri, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, 9, tidak pulang dari kedai makan yang selalu dikunjunginya di tingkat bawah premis perniagaannya sekitar pukul 9.30 malam kelmarin.
Dia yang merupakan seorang guru agama memberitahu, ketika hilang, Mohd. Iman memakai baju T dan berseluar panjang hitam manakala adiknya, Nur Alysyah memakai baju tidur pijama putih dengan bintik merah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3OIuD12q4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment