ANGGOTA Tentera Laut Indonesia membawa naik beberapa mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 ke atas kapal KRI Banda Aceh semalam sebelum diterbangkan ke pusat operasi di Lapangan Terbang Pangkalan Bun, Kalimantan. - REUTERS
|
JAKARTA – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa masuk hari ketujuh semalam dengan penemuan empat objek besar yang diyakini bangkai pesawat itu.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, berdasarkan kepada saiz dan jenis objek besar di dalam dasar laut itu, pihaknya yakin itu adalah bangkai pesawat AirAsia.
“Dengan penemuan tumpahan minyak dan bahagian besar pesawat, ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa siaran televisyen tempatan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3NoFD4KxI
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment