Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Dua lelaki gagal menyamun


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Tindakan dua lelaki berusia 22 dan 27 tahun yang cuba menyamun seorang pemandu van barangan runcit tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka dicekup beberapa anggota polis trafik yang menyaksikan kejadian di Jalan Seremban 2 B5, di sini, semalam.
Sumber berkata, dalam kejadian 2 petang itu, mangsa berusia 40-an baru saja memunggah barangan runcit di kedai di kawasan itu sebelum dua supek bermotosikal itu menghampiri mangsa dan mengarahkannya memberhentikan van dipandu.
Katanya, bagaimanapun mangsa enggan memberhentikan van berkenaan dan suspek mengejar pemandu itu sebelum menghentak pintu hadapan kenderaan menggunakan topi keledar.
"Bagaimanapun tindakan suspek diperhatikan beberapa anggota trafik yang kemudian bertindak mengejar dan mencekup mereka sejam kemudian," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Abdul Rahim Daud dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kedua dua suspek ditahan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 9:53 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22712#sthash.RtXFsY3t.dpuf

No comments:

Post a Comment