Search This Blog

Sunday, January 4, 2015

Dengan Kesan Tetakan

Mayat Lelaki Warga India Ditemui 

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 6:57 PM

JEMPOL: Mayat seorang warga India ditemui terbaring dipercayai mangsa bunuh di tepi jalan di Kilometer 10, Jalan Bahau-Rompin di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superitendan Hamzah Alias berkata, mayat Vankateshah Ramasami, 24, ditemui pada 8 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah motosikal.

"Namun, pemeriksaan polis di tempat kejadian mengesahkan lelaki itu bukan terlibat dalam kemalangan jalan raya, tetapi telah mati dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan tetakan di bahagian kepala manakala perutnya terburai.

"Mangsa disahkan seorang warga India.. punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Hamzah berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja di Ladang Bukit Pilah, Rompin di sini sejak empat tahun lalu.

Katanya sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar ke pekan Bahau dengan menunggang motosikal bersama rakannya dan usaha menjejaki rakannya itu sedang dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Muzaffar Mohd Wali di talian 06-4582222 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment