Search This Blog

Friday, January 9, 2015

China sahkan bunuh tentera Korea Utara


Beijing: Polis menembak mati seorang anggota tentera Korea Utara yang memasuki sempadan China dan membunuh empat penduduk tempatan.
Jurucakap kementerian luar, Hong Lei berkata, selepas kejadian itu, polis terus melancarkan operasi memburu suspek.
“Suspek ditembak ketika operasi dan meninggal dunia ketika diberi rawatan,” katanya.
Katanya, kejadian itu dipandang serius China dan Korea Utara apabila Beijing membuat aduan rasmi manakala Pyongyang memohon maaf.
“Kedua-dua pihak kini melancarkan siasatan susulan dan kes ini akan ditangani mengikut undang-undang. Atau mungkinkah hubungan antara Beijing dan Pyongyang dianggap ‘terlalu sensitif?” katanya.
Dia bagaimanapun tidak menyebut mengenai kematian empat rakyat China terbabit.
Akhbar tabloid China, Global Times menyelar kelewatan pihak berkuasa mendedahkan maklumat mengenai kejadian berkenaan.
“Sungguh tidak patut kejadian itu tidak diketahui langsung di China sehingga dilaporkan agensi berita Korea Selatan.
“Pihak berkuasa China dan media utama tidak boleh meneruskan sikap ini,” lapor akhbar itu.
Agensi berita Korea Selatan Yonhap dan Dong-A Ilbo melaporkan Isnin lalu bahawa seorang pemudia dipercayai tentera yang melarikan diri menembak empat warga China ketika kejadian rompakan selepas melintas masuk ke sempadan republik itu untuk mencari makanan.
Mangsa, dua warga emas etnik Korea dilaporkan sama ada ditembak atau dibelasah hingga mati. Dong-A turut melaporkan askar terbabit ditahan pihak berkuasa China.
Tentera Korea Utara turut terjejas dengan kekurangan makanan negara itu dan anggotanya kerap memasuki sempadan China untuk mencari makan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22557#sthash.WqJ6BzG5.dpuf

No comments:

Post a Comment