Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Bunuh diri takut kiamat


Utah: Kerana takutkan kiamat, sepasang ibu bapa sanggup membunuh dua anak sebelum membunuh diri bersama seorang lagi anak mereka.
Ketua Polis Springville J Scott Finlayson berkata, siasatan pihaknya dalam kematian Benjamin dan Kristi Stack bersama tiga anaknya berusia 11, 12, dan 14 tahun akhirnya selesai dengan punca kematian disahkan disebabkan keracunan dadah.
Pasangan terbabit disahkan membunuh diri bersama anak yang berusia 14 tahun terbabit - dikenal pasti sebagai Benson - manakala kematian dua lagi kanak-kanak itu disahkan sebagai pembunuhan. Mangsa bagaimanapun tidak menunjukkan tanda-tanda melawan.
Katanya, rakan dan keluarga mangsa memaklumkan pasangan suami isteri terbabit bimbang dengan kejahatan yang semakin menular di dunia dan mahu mengelak melalui kiamat.
“Ada antara rakan yang bimbang keluarga itu mengambil tindakan drastik membunuh diri, tetapi ramai menganggap Stack akan membawa mereka ke lokasi rahsia sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kiamat,” katanya.
Mayat seorang lagi anak pasangan berkenaan ditemui bersama neneknya seolah-olah tidur di dalam sebuah bilik berkunci pada 27 September tahun lalu.
Polis turut menemui cawan berisi cecair di sebelah setiap mayat dipercayai mengandungi pelbagai jenis dadah.
Benson meninggalkan surat mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat baiknya dan keluarga itu memberi gambaran mereka akan berpindah ke tempat yang jauh.
Keluarga mangsa percaya kejadian itu sudah lama dirancang dan pasangan terbabit mengalami masalah mental.
Rekod mahkamah menunjukkan pasangan terbabit mempunyai masalah kewangan dan perundangan selain diarahkan menjalani rawatan dadah beberapa tahun lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26988#sthash.KwGKVt1Q.dpuf

No comments:

Post a Comment