Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Budak maut jatuh tingkat 6



JIRAN, Norashikin Mohd. Aizat menunjukkan palang besi di tingkat enam yang sudah dibaiki oleh penduduk bagi mengelak kejadian menimpa Hazriq berulang.


PETALING JAYA – Hancur luluh hati seorang ibu selepas melihat anak kesayangan terbujur kaku berlumuran darah pada kepala akibat terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, mangsa, Muhammad Hazriq Danish Alden, 5, mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.
Difahamkan, sebelum kejadian, anak bongsu daripada lima adik-beradik itu dikatakan bermain bersama beberapa orang rakannya di tingkat enam flat tersebut termasuk abang mangsa, Muhammad Zulhaikal Danial, 7.
Menurut cerita ibu mangsa, Norsahura Sahara Muhamad, 35, selepas memberi makan tengah hari kepada dua orang anaknya itu, dia membenarkan mereka bermain di luar rumah.
“Tidak lama kemudian, abang arwah, Zulhaikal bergegas masuk ke dalam rumah dalam kea­daan takut dan terkejut sambil memberitahu adiknya jatuh.
“Pada mulanya, saya sangkakan Hazriq jatuh ke lantai pada tingkat sama namun selepas pergi melihat sendiri ke tingkat bawah, bagaikan hendak luruh jantung saya melihat Hazriq sudah kaku berlumuran darah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3Q9yVxwHl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment