Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Bekas banduan ditahan


Bangkok: Polis Thailand menangkap seorang lelaki Pakistan yang terbabit dalam serangan bom dua dekad lalu dan membunuh seorang ketua menteri di India serta sekurang-kurangnya 15 yang lain.
Gurmeet Singh adalah seorang daripada enam militan Sikh didapati bersalah dalam serangan pada 1995 itu.
Sasaran utama mereka ialah Beant Singh yang aktif menekan gerakan pelampau Sikh sejak diangkat ke jawatan Ketua Menteri Punjab pada 1992.
Dia melarikan diri dari penjara pada 2004 sebelum dihukum penjara seumur hidup pada 2007.
Jurucakap polis Thailand, Prawut Thawornsiri berkata, Gurmeet, 37, memasuki Thailand pada Oktober dan ditangkap di Chonburi, selatan negara itu semalam.
“Dia mungkin diekstradisi ke India,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:10 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22027#sthash.KRZiKLap.dpuf

No comments:

Post a Comment