Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Bapa, anak terkorban ketika hantar batu nisan



BEGINILAH keadaan van dinaiki dua beranak yang maut selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 63, Jalan Ipoh-Gerik berhampiran Lima Kati dekat Ipoh semalam.


KUALA KANGSAR – Seorang pembuat batu nisan dan anak perempuannya maut selepas van yang mereka naiki terbabas sebelum bergolek beberapa kali di Kilometer 63, Jalan Ipoh-Gerik berhampiran Lima Kati di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.14 petang, itu, mangsa, Ahmad Tajudin Ishak, 51, yang memandu van jenis Toyota Hiace bersama dua anaknya, Nurul Aunui, 12, yang turut terkorban dan Mohd. Khalish, 13, serta seorang rakan, Mohd. Sohaimi Zakaria, 43, dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke Lenggong untuk menghantar batu nisan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, tiba di tempat kejadian, van berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya dan memasuki jalan bertentangan.
“Bagaimanapun, dalam masa sama, terdapat sebuah motosikal yang datang dari bertentangan dan van ini cuba mengelak motosikal tersebut sebelum hilang kawalan dan terbabas.
“Van ini kemudian bergolek beberapa kali sebelum terhenti di kiri jalan menghala ke Lenggong,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3OYi8xSar 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment