Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Bapa, anak edar syabu sekilogram

Tawau: Gelagat dua beranak yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis membongkar kegiatan pengedaran dadah yang dilakukan mereka apabila polis menemui dadah jenis syabu seberat lebih satu kilogram (kg) bernilai RM130,000 daripada mereka.
Dadah berkenaan ditemui selepas polis melakukan pemeriksaan ke atas beg sandang dibawa mereka sebaik dicekup di Lorong Central Market berhampiran Pasar Gantung, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 petang, lelaki berusia 51 tahun dan anak lelakinya berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan polis yang melakukan intipan selepas berlaku pergelutan.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, polis yang menyedari kegiatan itu bertindak menghampiri supek lalu memperkenalkan diri.
“Bagaimanapun, salah seorang mereka yang terkejut terus membuang beg dipegangnya selain cuba melarikan diri.
“Namun, polis yang sudah mengepung kawasan itu menahan kedua-dua suspek selepas berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Awang Besar berkata, pemeriksaan terhadap beg dibuang suspek menemui 20 bungkusan plastik kecil lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki syabu.
“Semua dadah ini diletakkan di dalam tiga bungkusan plastik besar di dalam beg terbabit.
“Anggaran berat syabu ditemui adalah 1,028.52 gram dan bernilai kira-kira RM130,000,” katanya.
Menurut Awang Besar, polis turut merampas sebuah kereta milik suspek dan dipercayai digunakan untuk tujuan mengedar dadah di sekitar bandar ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:18 AM


20 peket syabu dirampas selepas dua beranak ditahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23088#sthash.jZ36XPl9.dpuf

No comments:

Post a Comment