• Bapa, anak bunuh pasangan warga emas

SEORANG bapa dan anak lelakinya ditahan polis selepas membunuh pasangan warga emas di North Carolina, Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek Edward Campbell, 54 dan Eric Campbell, 21 memecah masuk kediaman mangsa sebelum membakar rumah serta melarikan trak milik pasangan warga emas terbabit, menurut pegawai.

Dua beranak itu ditahan di West Virginia. Sebelum diberkas, polis dan suspek berbalas-balas tembakan dan dalam insiden itu seorang pegawai polis turut cedera.

"Pasangan penjenayah anak dan bapa hanya terdapat di dalam filem. Pada mulanya kami tidak percaya mereka adalah anak-beranak," kata sherif Granville Couty, Bridell Wilkins.

Sementara itu siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek membunuh dan menyumbat mayat mangsa di bahagian belakang trak lapor Mirror.

"Polis West Virginia menahan sebuah trak yang berada dalam keadaan mencurigakan. Pemandu dan penumpang pada awalnya memberi kerjasama sebelum mereka melepaskan tembakan secara tiba-tiba ke arah polis peronda.

"Polis membalas tembakan dan mengenai kaki Eric. Manakala Edward melarikan diri ke hutan berhampiran tetapi dia berjaya ditangkap tidak lama selepas itu," kata jurucakap polis.

Susulan itu, dua beranak tersebut turut didakwa cuba membunuh anggota polis.