• Mangsa yang cedera tiba di Hospital Kenyatta di Nairobi.Mangsa yang cedera tiba di Hospital Kenyatta di Nairobi.

NAIROBI - KENYA. Sekurang-kurangnya dua maut manakala lebih 20 lagi cedera selepas sebuah kediaman enam tingkat runtuh di ibu negara Kenya, kelmarin.

Jurucakap pihak berkuasa, Tom Odongo memberitahu kira-kira 22 mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan tersebut yang terletak di kejiranan Haruma.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai pegawai majlis perbandaran dan kakitangan perubatan," katanya.

Difahamkan, angka sebenar mangsa yang masih terperangkap belum diketahui.

Hasil siasatan awal mendapati bangunan yang telah didiami penduduk itu masih dalam pembinaan, namun projek tersebut didakwa tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan dalam laporan AFP.