Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Apa sudah jadi...

Oleh Siti Fatimah Hassan
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 3:48 PM


PETIKAN dari klip video yang tersebar luas di internet.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23109#sthash.SDeXxMXg.dpuf

No comments:

Post a Comment