27 Januari 2015
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Pihak berkuasa di Timur Laut Amerika Syarikat, semalam memberi amaran ribut yang didakwa boleh menyebabkan kemusnahan besar selepas Boston dan New York dilitupi salji setebal 1 meter.
Ribut salji tersebut dijangka melanda utara New Jersey, selatan Connecticut, Rhode Island dan beberapa bahagian di Massachusetts.
Kelmarin, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio turut memberi peringatan kepada semua penduduk supaya bersedia untuk menghadapi ribut salji yang paling buruk dalam sejarah kota metropolitan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment