Sukarelawan mencari mangsa di dalam sebuah bas yang terbakar selepas ia bertembung dengan lori.
Sukarelawan mencari mangsa di dalam sebuah bas yang terbakar selepas ia bertembung dengan lori.
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 57 orang maut apabila sebuah lori tangki membawa minyak merempuh sebuah bas dalam kejadian awal pagi semalam di selatan Pakistan, menurut pegawai.

“Bas membawa kira-kira 50 penumpang itu bertembung dengan lori tangki minyak yang dikatakan datang dari arah bertentangan.

“Bas itu terbakar selepas nahas menyebabkan sekurang-kurangnya 57 orang terkorban,” kata pegawai polis kanan, Rao Muhammad Anwaar.

Bas terbabit dalam perjalanan dari bandar Shikarpur menuju bandar pelabuhan di selatan Karachi apabila nahas berlaku di atas permukaan yang tidak rata.

Menurut laporan awal, wanita dan kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban.

“Kami cuba untuk menyiasat sama ada pemandu lori tangki minyak itu melakukan kesalahan atau pemandu bas juga melakukan kecuaian," tambah Anwaar.

Sementara itu, angka kematian mungkin meningkat kerana kebanyakan mangsa terselamat cedera parah dan melekat antara satu sama lain. - dpa