Search This Blog

Monday, January 12, 2015

56 mati selepas minum bir tercemar di Mozambique

MAPUTO: Sekurang-kurangnya 56 orang mati di sini semalam selepas minum bir tradisional yang sudah tercemar, kata pihak berkuasa kesihatan Mozambique.
Selain itu, seramai 49 orang lagi dikejarkan ke hospital di daerah Chitima dan Songo di timur laut wilayah Tete manakala 146 orang lagi dilaporkan diperiksa disebabkan keracunan.
Pegawai kesihatan daerah, Alex Albertini berkata, mereka yang meminum bir terbabit itu menghadiri majlis pengebumian di situ kelmarin.
Pombe, bir tradisional Mozambique diperbuat daripada sekoi (tumbuhan) atau tepung jagung.
Pihak berkuasa percaya minuman itu bercampur dengan hempedu buaya ketika majlis berkenaan berlangsung.
Sehubungan itu, Pengarah hospital wilayah itu, Carle Mosse berkata, sampel darah dan bir tradisional itu dihantar ke Maputo untuk diuji.
"Kami tidak mempunyai kemudahan untuk membuat ujian," katanya.
Katanya, keadaan mungkin bertambah buruk kerana wilayah berkenaan tidak mempunyai kemudahan mencukupi bagi mengendalikan masalah terbabit.
Tetamu yang hadir pada majlis pengebumian itu meminum bir berkenaan pada sebelah pagi dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit manakala mereka yang minum pada sebelah petang dilaporkan mengadu tidak sihat. - AFP

No comments:

Post a Comment