Search This Blog

Sunday, January 18, 2015

30 penerbangan India tergendala akibat kabus tebal



REUTERS - BEBERAPA penduduk kelihatan berjalan dalam keadaan cuaca berkabus di New Delhi, India pagi kelmarin.


NEW DELHI, India – Kabus tebal yang menyelubungi seluruh bandar raya ini kelmarin menyebabkan 30 penerbangan dan 55 perjalanan kereta api tergendala, manakala suhu menurun kepada 8.4 darjah Celsius.
Sementara jarak penglihatan sekitar 800 meter kira kira pukul 5.30 pagi turun secara mendadak kepada 50 meter pada pukul 8.30 pagi menyebabkan pemandu terpaksa memasang lampu kenderaan masing-masing.
“Tahap suhu sejuk akibat kabus tebal ini mencapai paras sehingga 100 peratus pada pukul 8.30 pagi,” menurut seorang pegawai Jabatan Meteorologi.
Sementara itu, pegawai penerbangan berkata, 30 pesawat terpaksa ditangguhkan penerbangan akibat keadaan kabus tebal.
Sebanyak 55 perjalanan kereta api termasuk milik beberapa syarikat utama seperti Rajdhani, Shatabdi Express dan Duronto Express terjejas akibat cuaca buruk itu.
“Jadual perjalanan kereta api Punjab Mail, Bharmhaputra Mail dan Orissa Sampark Kranti Express juga berdepan kelewatan selama beberapa jam kerana tebal,” kata seorang pegawai Kereta Api Utara. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3P7VnptfP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment