Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

2 tahanan lolos dijel 8 tahun



ANGGOTA polis mengiringi Hamzani (dua dari kanan) dan Hisham (dua dari kiri) semasa mereka dibawa ke Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang semalam.


SEBERANG PERAI – Dua penjenayah yang ditahan baru-baru ini selepas dua tahun meloloskan diri dan bersembunyi dari tahanan polis dihukum penjara lapan tahun dan dua sebatan atas tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Butterworth di sini semalam.
Hakim Mahkamah Sesyen, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan ke atas Hamzani Harun, 38, dan Hisham Abdul, 40, selepas mereka didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kedai permainan video bernombor 2260, Tasek Gelugor di sini pada pukul 5.20 pagi, 6 Julai 2012.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, ke­dua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab selepas didapati bersalah melarikan diri dari ja­gaan pengiring orang kena tuduh (OKT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di jalan susur keluar Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini kira-kira pukul 9.45 pagi pada 7 Januari 2013.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Q9zyFTvk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment