Search This Blog

Sunday, January 18, 2015

176 mati akibat banjir besar di Malawi



AFP - SEBAHAGIAN penduduk yang terpaksa berpindah akibat banjir beratur untuk mendapatkan makanan di sebuah sekolah di Chimwankhunda, Blantyre, Malawi kelmarin.


LILONGWE, Malawi – Angka kematian akibat banjir besar di Malawi meningkat kepada 176 orang termasuk mangsa yang hilang dengan hampir 200,000 penduduk hilang tempat tinggal, kata Naib Presiden, Saulos Chilima.
Menurut beliau, apa yang membimbangkan ialah hujan lebat diramal akan terus melanda kawasan terjejas.
“Jumlah kematian setakat ini ialah 176 orang dengan lebih 200,000 penduduk telah dipindahkan selepas kediaman mereka musnah dibawa arus banjir,” kata Chilima pada sidang akhbar.
Beliau berkata, dalam bencana itu sekurang-kurangnya 153 orang dilaporkan hilang.
Beliau memberitahu, negara kini berhadapan dengan cabaran besar selepas beberapa daerah seperti di Lower Shire di Nsanje dan Chikwawa di selatan Malawi turut ditenggelami banjir besar.
Terdahulu, Setiausaha Utama bagi Hal Ehwal Pengurusan Bencana, Paul Chiunguzeni berkata, pihaknya telah mengeluarkan amaran berikutan hujan lebat berterusan yang dijangka turun di kawasan yang terjejas.
Bencana banjir yang melanda Malawi setakat ini telah menenggelamkan separuh daripada 28 buah negeri di negara itu sehingga menyebabkan penduduk terputus bekalan elektrik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3P7W2amqz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment