Search This Blog

Friday, January 9, 2015

13 tentera maut bas bertembung lori


Kiev: Tiga belas tentera Ukraine terbunuh dan 17 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan lori tentera dalam cuaca buruk di kawasan bergolak negara itu, kata pegawai kerajaan semalam.
Kemalangan malam kelmarin itu berlaku ketika tentera dan sukarelawan bertukar syif untuk menghadapi pemberontak yang menyokong Russia di timur Ukraine.
Pengawal Kebangsaan dalam kenyataannya berkata, tentera yang cedera dibawa ke hospital di bandar Artemivsk di wilayah Donetsk sebelum dibawa keluar dari zon perang.
Ketua Polis Donetsk yang menyokong Ukraine, Vyacheslav Abroskin berkata, kemalangan berlaku kira-kira 60 kilometer dari kawasan dikuasai pemberontak.
“Kemalangan berlaku kerana faktor cuaca yang kompleks disebabkan ais hitam serta jarak pandangan terhad,” katanya.
Pejabat pendakwa pula menyiasat untuk memastikan sama ada kemalangan itu berpunca daripada kesilapan pemandu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21999#sthash.bRbSzYRu.dpuf

No comments:

Post a Comment