Stephen Joseph.
Mangsa meninggal dunia selepas berlaku perselisihan faham di Jalan SS2/63 pada 4 Januari lalu.
Joseph, 54, dilaporkan berselisih faham dengan seorang pemandu kereta Proton Saga berwarna putih di sebuah medan selera, lokasi dia dan isterinya, Mary Ooi, 53, mencari tempat letak kereta mereka.
Suspek yang disifatkan sebagai 'berbadan besar dan memakai baju-T, pada waktu kejadian kira-kira pukul 7.30 malam di sebuah tempat letak kereta di hadapan medan selera tersebut.
Terdahulu, seorang saksi dilaporkan menyerahkan kepada polis satu rakaman selama 11 saat menunjukkan situasi yang membawa kepada kematian Joseph.
Azmi berkata polis bekerjasama dengan jabatan forensik untuk mengenal pasti kebenaran klip video tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari lokasi kejadian.
Beliau enggan mendedahkan maklumat mengenai kes tersebut dengan menegaskan polis masih memburu suspek.
"Mendedahkan setiap maklumat mengenai kes itu akan mengganggu siasatan kami. Percayalah, kami sedang mengesan suspek," katanya.
Azmi menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu supaya menghubungi balai polis Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.
No comments:
Post a Comment