WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mac 2014
KUALA SELANGOR - Gara-gara tak sempat mengelak lembu melintas, seorang pemandu ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Sungai Buloh nyaris maut dalam satu kemalangan di KM17.8 berhampiran sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) susur keluar Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) ke Kundang, lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, mangsa yang memandu bersama dua kakitangan jururawat dan seorang pesakit dari Hospital Tanjong Karang itu dipercayai tidak sempat mengelak lembu yang berkeliaran di lebuh raya.
Difahamkan, lembu-lembu itu secara tiba-tiba melintas dan melanggar secara berdepan di laluan kanan.
Saksi kejadian, Umar Abd Rahman berkata, nasib baik mangsa yang membawa pesakit itu tidak mengalami kecederaan teruk dan sempat diberi bantuan awal oleh pengguna dan kakitangan Latar yang kebetulan berhampiran lokasi kejadian.
“Saya pun selalu nampak lembu milik orang awam berkeliaran di Lebuhraya Latar ini terutamanya pada sebelah petang sebab pagar di kawasan kampung dan ladang ini masih belum sempurna lagi.
“Mungkin dari situ lembu ini terbiar berkeliaran untuk cari makanan tapi kejadian kali ini agak membahayakan sehingga menyebabkan kemalangan. Perkara ini perlu diberi perhatian pihak berwajib,” katanya kepada Sinar Harian.
Rakannya, Yusof Abdul Kazim berkata, pemilik lembu itu perlu bertanggungjawab kerana sewenang-wenangnya membiarkan haiwan ternakan mereka terlepas sehingga masuk ke kawasan lebuh raya.
Menurutnya, bukan sekali tetapi sudah banyak kali lembu dilihat berkeliaran di kawasan itu pada waktu petang sewaktu jalan sesak dan jika tiada tindakan drastik dibuat, pastinya kejadian kemalangan sama akan berulang.
“Mungkin pagar pemisah kawasan R&R di kawasan ini masih belum sempurna tapi pemilik lembu itu tak bolehlah sesuka hati biarkan lembu berkeliaran tanpa pemantauan sampai mengganggu tumpuan pengguna Latar.
“Saya harap kemalangan seperti ini tak berulang. Saya juga harap semua pihak termasuk agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil perhatian masalah ini demi keselamatan pengguna,” katanya.
Mangsa yang memandu sebuah ambulans tidak sempat mengelak lembu yang melintas di Lebuhraya Latar lewat, petang kelmarin. |