Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Wanita labah-labah dituduh bunuh suami

AFP
Tokyo: Seorang wanita yang dikaitkan dengan enam kematian pasangannya, termasuk empat suami, semalam dituduh membunuh suami terbarunya berusia 75 tahun.
Chisako Kakehi, (gambar) 68, yang ditahan bulan lalu, dituduh membunuh suami keempatnya Isao setahun lalu dengan racun sianida, menurut media tempatan.
Dia yang menghadapi tuduhan itu daripada pendakwa raya daerah Kyoto, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
Dalam kes yang mendapat liputan besar-besaran di Jepun, Chisako yang digelar Black Widow sempena dengan labah-labah yang membunuh pasangannya sebaik mengadakan seks, dilapor mengumpulkan bayaran insuran melebihi 1 bilion yen (RM29 juta) dan pampasan lain sepanjang 10 tahun lalu ekoran kematian suami dan kekasihnya.
Pihak berkuasa menemui kesan sianida di rumah dan dalam pasu bunga yang dibuangnya selepas kematian Isao.
Polis di wilayah Osaka juga melancarkan siasatan terhadap kematian seorang teman lelakinya berusia 71 tahun pada 2012, Masanori Honda, yang darahnya juga mempunyai kesan racun.
Dalam wawancara dengan media Jepun awal tahun ini, Chisako berkata, dia tidak tahu mengapa ramai kekasih dan suaminya mati mengejut.
“Saya ingin tahu kenapa. Saya mahu menjelaskan, saya bukan jenis wanita yang ingin berkahwin selalu. Tetapi, orang yang saya kenal selepas kematian kekasih dan suami saya, sentiasa ingin berkahwin dengan saya,” katanya.
Sejak kematian suami pertamanya pada 1994, Chisako dilapor terbabit dengan lebih 10 lelaki dan berkahwin dengan empat daripada mereka.
Kebanyakan pasangannya tua atau sakit. Dia berkenalan dengan kebanyakan mereka menerusi agensi cari jodoh dan dilapor mencari pasangan yang kaya dan tidak mempunyai anak.
Media melaporkan, dia sering kali mempunyai lebih seorang kekasih pada satu-satu masa. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:10 AM


Chisako
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15275#sthash.iP5xC9cS.dpuf

No comments:

Post a Comment