Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Tujuh pelajar UM didapati bersalah



Penyokong Anwar Ibrahim bertindak ganas memecahkan pintu pagar utama untuk memasuki pekarangan Universiti Malaya pada 27 Oktober lalu.


KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) semalam mengumumkan tujuh pelajarnya didapati bersalah kerana menyertai program Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara di sini pada 27 Oktober lalu.
Ketua Unit Media UM, Izzad Zalman Abd. Kader berkata, mereka yang didapati bersalah termasuklah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dan Presiden Pro-Mahasiswa UM (PMUM), Safwan Shamsuddin yang ke­dua-duanya diberikan amaran keras, digantung dua semester pengajian serta ma­sing-masing didenda RM600 dan RM300.
Menurut beliau, semasa program itu, lapan pelajar dikenakan pertuduhan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 atas penglibatan mereka melibatkan Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun, seorang daripada lapan pelajar itu didapati tidak bersalah atas dakwaan yang dikemukakan.
“Hukuman ke atas ketujuh-tujuh pelajar itu berkuat kuasa serta-merta (pada 10 Disember 2014) tetapi mereka boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.
“Buat masa ini, kesemua pelajar terbabit masih dibenarkan mengikuti kuliah masing-masing tetapi jika mereka tidak mengemukakan rayuan dalam tempoh ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan yang akan bermula hujung bulan ini,” kata beliau di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3LXxogmDq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment