Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

‘Tolong cari Jebat saya’

Kuala Pilah: Seorang wanita merayu bantuan orang ramai mengesan suaminya yang hilang sejak Isnin lalu selepas keluar dari rumah di Tanjung Limau, Gunung Pasir, dekat sini.
Sariah Itom, 62, menyedari suaminya, Mat Taib Mat Yasik, 66, atau lebih dikenali sebagai Jebat hilang selepas pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 6 petang.
“Saya ke HKL untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan seperti biasa suami tidak ikut serta.
“Anak beritahu, suami keluar rumah waktu pagi dan pulang tengah hari sebelum keluar semula dan tidak pulang hingga hari ini (semalam).
“Saya bimbang dia cari saya kerana selama ini kami tidak pernah berenggang terlalu lama. Cuma hari itu (Isnin) saya pulang lewat ke rumah,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, dia turut menghubungi saudara di Ipoh namun suaminya tidak berada di sana.
“Puas saya mencari dia di merata tempat, tetapi tidak jumpa, apa yang membimbangkan suami mengalami masalah ingatan. Hari ini (semalam) sudah tiga hari dia tidak pulang.
“Suami juga tidak ada telefon bimbit dan keluar rumah sehelai sepinggang dan ini kali pertama dia tidak pulang,” katanya.
Sehubungan itu, Sariah merayu kepada orang ramai membantu mencari suaminya dan jika menemui boleh menghubungi di talian 06-4979079.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 9:01 AM


SARIAH menunjukkan foto Mat Taib.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15383#sthash.K5dHbk5s.dpuf

No comments:

Post a Comment