Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Terkedu peti besi lesap


MIRI – Seorang peniaga aksesori telefon kerugian lebih RM105,000 apabila peti besi keselamatan miliknya lesap dikebas perompak yang memecah masuk kedainya di Taman Yakin di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh tauke aksesori telefon terbabit, Yong Ho Thung, 33, ketika dia hendak memulakan perniagaan pada pukul 9.15 pagi.
Ho Thung berkata, semasa tiba di premis perniagaannya, dia mendapati pintu depan kedai tersebut telah terbuka dengan kesan umpilan pada pintu terbabit.
Selepas itu, menurutnya, keadaan di dalam kedainya berselerak dengan kertas dan fail perniagaan bertaburan di lantai.
“Saya terus terkedu apabila peti besi keselamatan yang diletakkan di bawah meja pejabat hilang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3KapJyL3q 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment