Seorang tebusan cedera diusung untuk menaiki ambulans selepas tembakan dilepaskan dalam serbuan di dalam kafe semalam. - Foto Ihsan CNN
Seorang tebusan cedera diusung untuk menaiki ambulans selepas tembakan dilepaskan dalam serbuan di dalam kafe semalam. - Foto Ihsan CNN
SYDNEY - AUSTRALIA. Drama tebusan di sebuah kafe di Sydney berakhir apabila pasukan polis menembak mati pengganas yang menawan hampir 15 orang sejak pagi semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengganas serang restoran, tahan tebusan]

Bagaimanapun, operasi itu turut mengorban dua orang awam yang turut dijadikan tebusan hampir 16 jam lalu, lapor CNN.

Media tempatan melaporkan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan peguam, Katrina Dawson, 38.

Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis.

Sebelum ini, pusat bandar Sydney dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang dikenalpasti sebagai seorang pelarian dari Iran menawan sebuah kafe, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden pengganas: Dua tebusan larikan diri]

Kafe Lindt Chocolat terletak di sebuah pusat membeli-belah tumpuan ramai di Martin Place.

Semalam, lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Man Haron Monis turut memaksa dua tebusan memegang bendera hitam bertulisan Arab di cermin kafe.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dalang tawan tebusan di kafe Sydney dikenal pasti]

Monis sebelum ini mendapat perlindungan suaka politik di Australia pada 1996 dan pernah didakwa atas beberapa kesalahan jenayah.