Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Suspek pukul isteri sampai mati ditahan


JOHOR BAHARU: Seorang penganggur ditahan polis awal hari ini, dalam tempoh kurang 24 jam selepas dia dipercayai memukul hingga mati isterinya yang baru bersalin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamed berkata suspek ditahan pada pukul 2.45 pagi di kawasan awam di Yong Peng, hampir 100km dari kediaman mereka di sebuah rumah kedai di Jalan Meranti, Taman Sri Pulai, dekat sini.
“Suspek kini ditahan reman dan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mangsa, M. Sila, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri di atas lantai rumah kedai tersebut pada 6.40 pagi semalam.
Wanita itu dilaporkan meninggal dunia kerana kecederaan kepala sebaik tiba di Hospital Sultanah Aminah di sini. -Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 12:16 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15174#sthash.eb6NLhde.dpuf

No comments:

Post a Comment